Pages

Thursday 19 July 2012

Air Mazi Keluar Banyak

SAYA pernah terdengar istilah ‘air wadi’ dan ‘air mazi’ digunakan tetapi tidak pasti sama ada kedua-duanya membawa maksud sama atau sebaliknya. Saya juga pasti kedua-duanya adalah najis.
Yang jelas dan pasti ialah air mani bukan najis. Daripada aspek perubatan, air mani keluar dalam mimpi, selalunya disebut ‘mimpi basah’ atau melalui ejakulasi ketika kemuncak rangsangan seksual, sama ada melalui hubungan seksual atau perbuatan onani. 

Dalam keadaan teruja, air mazi boleh keluar dan untuk sesetengah lelaki, ia boleh keluar dengan banyak sehingga seluar dalam basah. Keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar! 

Ketika meneran sewaktu buang air kecil atau air besar, cecair yang keluar itu pekat dan ada kalanya jernih. Ini boleh jadi cecair daripada pundi ‘Cowpers’ dan baunya hancing seperti air kencing! 

Jika ia pekat dan tidak berbau seperti air kencing, ia mungkin cecair dari pundi prostat atau pundi seminal. Mungkin cecair ini yang dikatakan air wadi! 
Ada sebilangan lelaki sangat mudah menghasilkan cecair jernih selepas selesai membuang air kecil dan ia mungkin cecair pundi ‘Cow- pers’ atau cecair daripada air kencing yang tercicir. 

Kedua-dua cecair itu najis dan sesiapa yang mengalaminya perlu mencuci kembali, menukar pakaian dalam dan bagi yang mahu menunaikan solat serta sudah mengambil air sembahyang, perlu berbuat demikian sekali lagi. 

Maka, cara bijak ialah jangan kencing sebelum bersolat. Sebaik-baiknya lakukan ia beberapa jam lebih awal dan jika was-was mengenai keciciran cecair, tukar saja pakaian dalam dan cuci sebelum ambil air sembahyang. 

Bagi yang berdepan masalah sebegini, saya syorkan sebaik-baiknya anda amalkan cara memantapkan otot lantai pelvis (otot kemut) melalui senaman ‘Kegel’ atau senaman kemut, mungkin cara itu dapat mengawal keciciran cecair. 


SAYA pernah terdengar istilah ‘air wadi’ dan ‘air mazi’ digunakan, tetapi tidak pasti sama ada kedua-duanya membawa maksud sama atau sebaliknya. Saya juga pasti kedua-duanya adalah najis. 

Yang jelas dan pasti ialah, air mani bukan najis. Daripada aspek perubatan, air mani keluar dalam mimpi, sama ada ‘mimpi basah’ atau melalui ejakulasi ketika kemuncak rangsangan seksual, sama ada melalui hubungan seksual atau perbuatan onani. 

Dalam keadaan teruja, air mazi boleh keluar dan untuk sesetengah lelaki, ia boleh keluar dengan banyak sehingga seluar dalam basah. Keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar! 

Ketika meneran sewaktu buang air kecil atau air besar, cecair yang keluar itu pekat dan ada kalanya jernih. Ini boleh jadi cecair daripada pundi ‘Cowpers’ dan baunya hancing seperti air kencing! 

Jika ia pekat dan tidak berbau seperti air kencing, ia mungkin cecair dari pundi prostat atau pundi seminal. Mungkin cecair ini yang dikatakan air wadi! 

Ada sebilangan lelaki sangat mudah menghasilkan cecair jernih selepas selesai membuang air kecil dan ia mungkin cecair daripada pundi ‘Cowpers’ atau cecair daripada air kencing yang tercicir. 

Kedua-dua cecair itu najis dan sesiapa yang mengalaminya perlu mencuci kembali, menukar pakaian dalam dan bagi yang mahu menunaikan solat serta sudah mengambil air sembahyang perlu berbuat demikian sekali lagi. 

Jadi cara bijak ialah jangan kencing sebelum bersolat. Sebaik-baiknya lakukan ia beberapa jam sebelum itu dan jika was-was mengenai keciciran cecair, tukar saja pakaian dalam dan cuci sebelum ambil sembahyang. 

Bagi yang berdepan masalah sebegini, saya syorkan sebaik-baiknya anda amalkan cara memantapkan otot lantai pelvis (otot kemut) melalui senaman ‘Kegel’ atau senaman kemut, mungkin cara itu dapat mengawal keciciran cecair.

8 comments:

  1. Kalau sy tgh chat ngn gf pastu ada sejenis air keluar dri kemaluan sy. Sy x pasti itu air apa. Adakah sy kena mandi wajib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu air mazi. Cuma perlu dibasuh kemaluan dan pakaian yg terkena. Keadaan ini normal bagi lelaki dan perempuan..

      Delete
    2. Itu air mazi. Cuma basuh/tukar pakaian yang terkena.

      Delete
  2. Saya x pernah kluar air mazi atau air wadi, apakah masalah saya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya cik bersyukur tau, tp sy pon keliru sama ada jika mau memeriksa sama ada keluar air wadi atau tidak , perlu ke memicit kepalanya sbb ada logiknya jika air wadi keluar, ia akan terperangkap dlm zakar dan tidak akan keluar kerana kuantiti air wadi sikit, jd sy keliru kalau nk cek senanye kene picit ke x kepala zakar tu ke atau hanya lihat luaran sahaja?

      Delete
  3. Air mazi berlendir licin. Airnya jernih. Keluar akibat nafsu terangsang.

    Air mani berlendir kasar/kesat. Airnya putih. Akibat hubungan seksual atau onani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air mazi najis..
      Air mani tidak najis. Kalau pakaian kena air mazi kena cuci bersih.
      pakaian kena Air mani boleh bawa solat

      Delete
    2. Saya ingin bertnya, adalah tiada sebarang rawatan atau jalan penyelesaian untuk menghentikan air mazi ini dari mengalir keluar

      Delete